My next burning desire - Z750 and Audi Q5

Wednesday, August 11, 2010

Ada di antara anda yang meminta saya share apa yang ada pada 'dream wall' saya di rumah. Permintaannya adalah untuk saya mengambil gambar dream wall saya dan pamerkan di blog ini. Saya telah cuba berbuat demikian, tapi terlalu kecil utk di masukkan di sini. Jadi, biarlah saya share apa yg saya targetkan mase terdekat ini, iaitu kawasaki Z750 dan booking fee for Audi Q5.


Goal saya sekarang adalah untuk mencapai Gold Director secepat mungkin, selewatnya akhir tahun ini. Reward yang saya telah tetapkan sekiranya saya dapat itu adalah memberli Kawasaki Z750 dan booking Audi Q5.
Walaupun saya boleh membuat kedua-duanya sekarang, namun saya menghukum diri saya utk tidak berbuat demikian sehingga Gold Director tercapai. Ini secara tidak langsung akan sentiasa mengingatkan saya utk mencapai Gold secepat mungkin setiap kali saya ternampak Audi dan motor besar di jalan raya.

Saya akan bercakap mengenai impian dengan lebih mendalam pada artikel akan datang. Buat masa ini cukuplah saya ingin mengatakan kepada anda semua yg ada target terdekat di luar sana agar juga menyediakan reward seperti saya. Reward lah diri anda sekiranya anda berjaya mencapai target yang dikejar itu. Of course these immediate rewards are on my dream wall.

Read more...

Dua perkara sebelum org mahu mengikut anda

Monday, August 2, 2010

Dalam siri yg lepas, saya membincangkan ttg 2 perkara yg prospk ingin tahu sebelum dia join dlm network anda. Slp prospek join, dia mencari jawapan kepada lagi dua persoalan sbm dia mahu mendengar nasihat anda dan menjadi pengikut anda. Atau sekurang-kurangnya mengiktiraf anda sebagai leader.


Jawapan yg mereka cari adalah:
  1. Adakah anda kompiten (competent)? Bermaksud, adakah anda mempunyai cukup ilmu ttg selok belok biz anda?
  2. Adakah anda mempunyai arah tuju? (do u have direction?)
Lagi cepat anda dpt beri jawapan ini kepada downline/partner baru anda, lagi cepat dia akan menurut nasihat anda.
Tetapi di dlm biz networking, kita boleh perkenalkan downline baru kita itu kepada upline team kita yg boleh memberikan dua jawapan di atas.

Read more...

Jadi, apakah yang orang ingin tahu semasa anda STP?

Friday, July 30, 2010

Pernah tak anda berada dalam situasi, di mana tatkala anda duduk di depan prospek utk STP (Show the Plan), anda merasakan, atau anda tanya dalam hati:

apakah agaknya orang depan aku ni pikir ek?
dia paham ker apa yang aku terangkan ni?
apesal muka dia mcm 'blank' jer ni?
dia ni nak aku abis cepat ker?
kenapa dia perhati semua benda pasal aku tetapi tidak kertas yg ada atas meja ni?
dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain yg bermain difikiran dan hati anda...

Sebenarnya, hanya ada dua perkara shj yg prospek ingin tahu dan cuba cari dari penampilan anda, sebelum dia mahu mendengar betul-betul atau sedikit mengambil perhatian dari apa yg anda sedang present. Jika anda gagal memberi jawapan kepada apa yg prospek cari ini, maka STP anda tidaklah effective. Sebaliknya, jika anda memberikan jawapan seawal yg mungkin, maka lebih cepatlah prospek tersebut ingin memberi perhatian kepada apa yg anda 'present' kan.

Dua perkara, ataupun jawapan yg prospek cari itu adalah:
  1. Do u really care about me? Adakah anda benar-benar mahu menolong prospek mendapatkan apa yg diimpikannya?
  2. Can i trust u? Adakah anda seorang yang boleh dipercayai?
Inilah dua perkara yg prospek mahukan jawapan daripada anda sebelum dia mahu mengambil perhatian terhadap STP anda. Dan sudah tentu bukan jawapan secara verbal (lisan) yang prospek mahukan. Sebaliknya, prospek akan meninjau anda dari banyak segi; cara anda bercakap, cara anda berpakaian, cara anda memberi komitmen, kesungguhan anda, senyuman, body language dan sbgnya. Sudah tentu ini adalah berbeza scopenya dari satu prospek dengan prospek yang lain.

Namun, sekiranya anda benar-benar ikhlas tentang apa yang anda ingin kongsikan, anda benar-benar yakin dan komited dgn biz anda dan anda benar-benar ingin 'menyentuh' kehidupan org di depan anda ke arah yg beribu kali ganda lebih baik, ini akan dpt dirasakan oleh prospek seawal lima minit pertama anda jumpa dia. Dengan kata lain, sekiranya anda mempunyai hati yg betul2 ingin bekerja bersama dengan prospek utk mencapai impian prospek itu, maka jawapan di atas akan dpt 'dirasakan' oleh prospek di peringkat awal pertemuan, lantas kebarangkalian dia akan enroll adalah lebih besar.

Ya, ada perkara di dalam biz networking ini yg tidak boleh diungkai dgn mulut spt "trust me" or "percayalah cakap aku" or "aku betul2 nak tolong ko nie" dll. Tetapi hanya boleh dirasai dlm hati...

Read more...