Buku Paling Baik Untuk Belajar Tentang Manusia
Wednesday, July 21, 2010
Pernah saya katakan bahawa antara rahsia kejayaan dalam biz networking adalah pengetahuan kita tentang manusia itu sendiri. Malah, pengetahuan tentang manusia ini bukan sahaja akan membantu kita dalam perniagaan tetapi juga di tempat kerja, di rumah dan masyarakat.
Pernah juga saya katakan, manusia ni adalah makhluk yang komplek. Sekejap boleh mood baik, sekejap lagi boleh tukar mood. Kejap boleh jangka, kejap tak boleh jangka.
Buku yg kedua yg merupakan asas kepada kajian tentang manusia adalah yg bertajuk Personality Plus (seperti dlm gambar). Telah terjual melebihi satu juta buah dan diterjemah kebanyak bahasa. Di dalam buku ini, manusia yg komplek ini telah dikelaskan kepada empat kelas yg mudah dan simple untuk difahami. Jadi, seorang networker yang telah membaca buku ini akan dapat memahami watak orang yg dia jumpa dalam masa 5 minit pertama. Lantas, dia akan pandai macam mana nak melayan orang tersebut mengikut kelasnya.
Namun kompleksiti ini telah dibuat nampak begitu ringkas oleh buku yang paling klasik tentang manusia iaitu "How to Win Friends and Influence People" yang dikarang oleh Dale Carnegie. Buku ini telah ditulis rasanya 40 tahun dahulu tetapi masih diguna-pakai sehingga ke hari ini dan telah terjual sebanyak 15 juta copy dan telah diterjemah ke banyak bahasa. Apa yang penting adalah, kajian mengatakan, semua orang yang berjaya dalam perniagaan di dunia ini telah membaca buku ini. Mungkin tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa buku ini adalah antara faktor kejaan dalam perniagaan.
Ada seorang networker yang berjaya pernah berkata, "i wouldn't get my success today without learning about people principle taught in this book, and you know what, i am still reading it until today and still learning or at least being reminded of what people around us always wanted and appreciate and magnet to you"
Adalah satu kesilapan sekiranya seorang networker itu cuba melayan semua orang yang dia jumpa sama sahaja. Sedangkan anak-anaknya di rumah pun berbeza-beza perangai.
Inilah dua buah buku yang saya cukup recommend utuk seseorang networker baca bagi mendapat ilmu-ilmu asas tentang manusia. Daripada buku-buku inilah lahirnya banyak lagi buku tentang manusia yang lain.
Saya pernah jumpa leader yang kaya yang tidak ambil endah untuk membaca buku tentang manusia. Dia menjadi leader yang kurang disenangi dan disayangi oleh downline. Dan, akhirnya business beliau merudum sehingga dia terpaksa bertukar ke company networking yang lain.
Saya juga telah berjumpa dgn ramai leader yg bukan sahaja kaya, tetapi juga bijaksana (wise) tentang ilmu manusia. Mereka menjadi leader yg disenangi dan disayangi oleh downline. Maka biz mereka terus berkembang dan income mereka stabil.
Saya juga telah berjumpa dgn ramai leader yg bukan sahaja kaya, tetapi juga bijaksana (wise) tentang ilmu manusia. Mereka menjadi leader yg disenangi dan disayangi oleh downline. Maka biz mereka terus berkembang dan income mereka stabil.
Saya harap, dengan membaca berulang kali buku-buku di atas, anda menjadi golongan leader yang kedua - wealthy (kaya) and wise (bijaksana) and healthy juga.
0 comments:
Post a Comment